18 Jun 2009

Kes Mahkamah saman UMNO

Permohonan Umno ketepi saman 30 Julai

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 30 Julai sebagai tarikh untuk mendengar permohonan Umno bagi mengetepikan saman RM218 juta yang difailkan syarikat pembekal barangan untuk pilihan raya. Tarikh itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Aziati Jaafar dalam kamarnya semalam dan permohonan itu akan didengar oleh Hakim Datuk Azhar Mohamed. Pada 23 Jun tahun lalu, syarikat Elegant Advisory Sdn Bhd menfail saman itu menerusi Tetuan Termizi & Co, dan menamakan Bendahari Umno ketika itu, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi serta Umno sebagai defendan.
Dalam writ samannya, syarikat itu menjelaskan bahawa ia membekalkan peralatan pilihan raya, pengangkutan dan penerbitan kepada Umno untuk pilihan raya ke-11 pada 2004 selepas diminta oleh Abdul Azim. Elegant Advisory diwakili oleh peguam Nazruddin Abdullah, manakala Datuk Hafarizam Harun bertindak sebagai peguam defendan. – Bernama

Tiada ulasan: