29 Mei 2009

Cuti sekolah

Assalamualaikum semua..

Hujung minggu ni dah start cuti sekolah, rasanya abe long dan abe ngoh ada royak nak kelik ke kelate, semoga selamat dalam perjalanan nanti.

Pah tu, saya ada telefon ma, dia pun ada nak mari Kuala Lumpur sebab nak tengok adik mat. Ma ada telefon ustaz fauzi tu, dia kata adik mat dah duduk situ dah 2 bulan, jadi bolehlah datang melawat dia. Cuma ma tu tak tahu lagi bila nak mari sebab memandangkan abe long dan abe ngoh nak kelik, rasanya ma royak dia nak tunggu demo tu kelik dulu, pah tu akan mari sekali ke Kuala Lumpur nanti.

Saya pulak mungkin akan balik ke Kedah (sebab bulan lepas dah kelik ke kelate) pada hujung cuti sekolah nanti. Tak leh nak kelik awal cuti sebab nor masuk maktab, tu pun kira nasib baik pensyarah dia bagi cuti jugak, kalau nak ikut jadual, dia tak ada cuti pun. Jadi, selamat bercuti semua.

So lagi, pakat-pakat lah up-date info melalui blog kita ni.. sekurang-kurangnya, kalu dah lama tak gi meeting tu, boleh lah meeting melalui blog ni. Kalu boleh buh gambar lagi menarik untuk tahu perkembangan terkini.

Kalu tak daftar lagi sebagai penyumbang, sila sms ke saya address email masing-masing untuk saya jemput dulu, pah tu kena reply untuk setuju... pah tu barulah boleh jadi penyumbang.

Sekian, wassalam.

Dari Mohd Nazruddin.



Tiada ulasan: