Pada 10 hb Mei 2009 (ahad), mnabrothers telah mengadakan perkelahan bertempat di sebuah banglow di Kuang yang menyediakan kemudahan kolam renang dan bilik serta dapur yang selesa.
Pukul 9.30 pagi, Din dan famili serta Abe Su sampai di banglow tersebut.
Pukul 10.00 pagi, Abe Long, Abe Ngoh, Ije dan famili pula sampai. Kak Long bawa anak-anak usrahnya dari Sekolah Menengah Hira' untuk buat usrah kat rumah tu. Emm, tukar suasana pulak lah tu..
Selepas tu... apalagi, terus mandi kolam laa..
Persiapan untuk sarapan pagi, makanan telah disiapkan di rumah, hanya buka, hidang dan makan.
Kaum lelaki selepas tu bergegas menyalakan api untuk BBQ, bakar ayam dan ikan. Kaum perempuan pula ambil peluang mandi kolam sesama mereka... boleh enjoy puas-puas sebab tak ada gangguan dari kaum lelaki (boleh buka tudung).
Masa tengahari, berhenti makan tengahari dan solat zohor berjemaah.
Selepas tu, mula lah mata rasa macam berat je... ada yang tidur, tapi ada juga yang mandi kolam balik!
Masuk waktu asar, solat asar berjemaah dan bersiap-siap untuk balik ke rumah masing-masing.
Berikut gambar-gambar di banglow tersebut untuk kenangan:
Gambar-gambar kolam.
Gambar-gambar bilik-bilik.
Gambar-gambar ruang tamu banglow.
Gambar-gambar dapur.












Tiada ulasan:
Catat Ulasan