23 Ogos 2009

Majlis berbuka puasa dan mesyuarat keluarga

Minit mesyuarat keluarga MNA Brothers dan majlis berbuka puasa
Tempat di rumah Abe Long
Tarikh: 22hb Ogos 2009
Masa: Selepas solat Terawih.
Kehadiran: Ma, Abe Long sekeluarga, Abe Ngoh sekeluarga, Abe Teh sekeluarga, Din sekeluarga, Ije sekeluarga, Abe sekeluarga, Besu dan Nabihah.

Ucapan alu-aluan daripada Abe Long selaku pengerusi dan tuan rumah dan menyatakan ini merupakan majlis pertama kali diadakan seumpamanya kerana ini kali pertama kali pada hari pertama puasa diadakan mesyuarat keluarga dan dapat berkumpul hampir semua ahli hadir, kecuali Napi dan Adik Mat sahaja.

Agenda:

1. Perancangan pelajaran Adik Mat

Beberapa cadangan seperti yang dinyatakan di dalam mesyuarat yang lepas untuk menghantar Adik Mat belajar ke luar negara seperti Mesir, Indonesia dan lain-lain tempat. Abe Long ada mencadangkan untuk hantar ke Maahad Darul Salam, Gontor di Ponorogo, Wilayah Solo di Surabaya.

Dibuka kepada semua ahli untuk mendapatkan pendapat dan persetujuan.

Abe – bersetuju.
Ma – dahulunya untuk kita pernah menyatakan untuk dihantar ke Mesir? Sekiranya semuanya dah bersetuju, Ma pun bersetuju.
Ije – apa yang pentingnya ialah dia tidak balik semula ke rumah.

Ma ada menimbulkan persoalan samada boleh bawa balik untuk beraya. Perkara ini perlu dirujuk kepada pihak Rumah Iman. Abe Long berpendapat dan disokong oleh Ma bahawa Adik Mat telah berubah kerana nampak sangat perubahan yang berlaku.

Besu – persoalan yang dikemukakan oleh Besu – berapa lama tempoh pengajiannya? Abe Long beritahu tempohnya adalah untuk 4 tahun tanpa mengira peringkat atau tahap umur sehinggakan ada beberapa pelajar universiti pun pernah melanjutkan pelajarannya di tempat tu. Ada beberapa ujian khas untuk menentukan tahap pelajaran. Tambahan pula kos pengajian yang sangat murah lebih kurang 300,000 rupiah sebulan. Manakala tahap disiplinnya adalah sangat ketat. Sijil yang dikeluarkan oleh pihak institut sah dan laku untuk digunakan di universiti di timur tengah. Keputusannya adalah setuju.

Abe Teh – bersetuju di atas sebab-sebab ekonomi kerana perbelanjaan yang lebih murah. Keduanya dari segi pelajarannya tu boleh meneruskan pelajarannya ke tempat yang lebih baik seperti ke timur tengah. Tempat pelajaran yang baik kerana mempunyai tempat yang tenang dan mendamaikan. Kena mendapatkan maklumat daripada wardennya, Ustaz Nizam kerana Adik Mat ada menyatakan hendak ikut Ustaz Nizam ke tempat pelajaran di Indonesia. Disiplin yang bagus.

Abe Ngoh – bersetuju untuk hantar Adik Mat ke Indonesia.

Bolehlah dikatakan bahawa semua ahli bersetuju untuk hantar ke Indonesia.

2. Bila akan dihantar ke Indonesia?

Mesti mendapatkan pengesahan daripada pihak Rumah Iman untuk menentukan bila masa yang sesuai untuk Adik Mat keluar dari Rumah Iman. Din akan menghubungi pihak Rumah Iman untuk tindakan selanjutnya.

3. Perancangan Hari Raya

Abe – raya pertama di Kedah. Petang raya kedua balik ke Kelantan.

Din – raya di Kelantan.

Ije – tidak dapat mengesahkan samada dapat cuti hari raya atau tidak.

Cadangan untuk mengadakan AGM MNA Brothers pada pagi hari raya ketiga. Semua ahli bersetuju untuk mengadakan AGM tersebut pada masa tersebut.

4. Perkara-perkara yang berbangkit.

Tiada perkara-perkara yang berbangkit.

Mesyuarat ditutup dengan tasbih kifarah dan surah al-asr pada pukul 10.43 malam, 22.8.2009.

05 Ogos 2009

Baju muslimah

Jual, jual! Lelong, lelong!


Baju muslimah diimport dari indonesia, kualiti kain yang baik dengan harga yang murah! Hanya RM45.00 sahaja (dewasa) dan RM25.00 (kanak-kanak). Jika dibandingkan dengan harga di kedai-kedai biasa dan di butik-butik boleh mencecah RM60.00 lebih!


Sesuai untuk digunakan pada hari raya nanti!!



Dilampirkan di bawah gambar-gambar untuk tatapan dan jika berkenan boleh hubungi cik nor di 019-3803661..















Baju kanak-kanak..

Sekian, terima kasih...

21 Julai 2009

Gambar di Upih Inn















20 Julai 2009

Salam

Salam semua,

Abe Teh dah dapat masuk blog ni. InsyaAllah saya akan sumbangkan apa-apa yang perlu untuk kebaikkan bersama.

Regards
Abe Teh

Perjumpaan Hari Raya keluarga Hj Ismail (Kota Bharu)

Baru-baru ni, saya jumpa dengan Abe Di (anak Pok Sin) dan dia kata Pok Sin akan buat kenduri untuk keluarga kita di Kota Bharu semasa Hari Raya Puasa nanti, mungkin pada raya ke-2 atau ke-3.

Lokasi tepat untuk kenduri tu di hadapan rumah hadapan rumah sewa tanah milik Pok Sin (bersebelahan rumah Pak Cik Ali) di Jalan Bayam. Beberapa khemah akan dibuka untuk jamuan.

Kemungkinan juga akan di adakan kutipan sumbangan daripada ahli keluarga untuk menampung perbelanjaan jamuan tersebut, nanti saya confirm semula dengan Pok Sin.

Wallahu'alam.

19 Julai 2009

Mesyuarat MNA Brother 190709

Mesyuarat keluarga – MNA Brothers
Tarikh: 19hb Julai 2009 Pukul: 11.00 pagi
Tempat: Rumah Abe Ngoh
Kehadiran: Abe Long (Pengerusi), Abe Ngoh, Din (setiausaha), Ije dan Besu

Agenda:
1. Bacaan Al-Quran – surah Al-Isra’ – bersempena isra’ mikraj esok. Bacaan sebanyak 5 ayat seorang.
Banyak pengajaran yang boleh didapati di dalam surah ini. Kisah sedih Rasulullah dengan kematian 2 orang yang baginda kasihi iaitu kematian bapa saudaranya dan isterinya Siti Khadijah. Di bawa Rasulullah oleh Allah isra’ mikraj dan yang penting adalah Allah telah menghadiahkan kepada Rasulullah dan umatnya iaitu solat yang menjadi perkara penting dan tunjang kepada umat.
Ayat ke 13 dan 14 mengenai catatan amal yang dikalungkan di leher setiap orang dan Allah akan minta untuk baca setiap amalan di hadapan semua orang di padang masyhar,
Dan di ayat ke 23 bahawa Allah menyatakan bahawa janganlah berlaku kasar kepada kedua ibu bapa dan sentiasa berdoa kepada dua dan merendahkan diri.
Hendaklah sentiasa membaca Quran dan hendaklah juga mentadabbur. Jangan buat alasan kesibukan untuk tidak membaca Al-Quran.

2. Tazkirah – petikan daripada buku / majalah Solusi pada muka surat 23 mengenai solat disampaikan oleh Abe Long.
Solat merupakan kewajipan pertama setelah kita melafazkan syahadah seperti firman Allah swt di dalam surah bayyinah ayat 25. Solat yang sempurna mestilah solat berjemaah dan Rasulullah pernah menyatakan untuk membakar rumah-rumah mereka yang tidak bersolat berjemaah.
Abe Long merasakan bahawa dengan menjaga solat secara berjemaah akan murah rezeki.
Jabir pernah bersumpah di hadapan Rasulullah untuk menunaikan solat…
Solat merupakan tiang agama dan bagaimana Rasulullah pernah menyatakan sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar, dan sekiranya kita tahu kelebihan solat itu, kita akan berlumba-lumba untuk solat dan bukannya kerana terpaksa.
Solat merupakan amalan yang pertama yang dihisab pada hari kiamat dan selepas solat maka akan bergembiralah dengan amalan-amalan yang lain. Dosa-dosa akan dihapuskan di antara solat jumaat dan jumaat yang lain apabila mengerjakan solat selagi mana tidak melakukan dosa besar.
Solat adalah merupakan penghibur hati Rasulullah saw dan solat merupakan wasiat terakhir Rasulullah saw.

3. Pasal Adik Mat
Masalah perancangan akan datang. Masa sudah hampir habis dan memandangkan pula hari raya Adik Mat akan pulang ke kampung.
Cadangan supaya Adik Mat masih duduk di Rumah Iman dan ambil periksa SPM di sekolah yang berhampiran dengan Rumah Iman tersebut. Pemantauan dari Rumah Iman.
Cadangan untuk menghantar Adik Mat belajar di Pasentren di Indonesia melalui cadangan dari Rumah Iman.
Cadangan untuk hantar ke Yayasan Sofa di Rembau, Negeri Sembilan. Besu kena buat research selanjutnya.
Cadangan meletakkan ‘date-line’ kepada setiap ahli untuk membuat keputusan perancangan akan datang. Oleh yang demikian, meeting semasa bulan puasa atau next meeting, semua ahli mesti bersedia dengan semua maklumat untuk menentukan keputusan mengenai perancangan adik mat.

4. Hasrat untuk menghantar Ma pergi umrah
Perbelanjaan adalah lebih kurang RM6,000.00. Cumanya kalau ada sesiapa yang boleh accompany / teman Ma.
Abe Long dah bincang dengan Abe Teh kalau-kalau Abe Teh yang boleh pergi.
Harapan kepada semua ahli supaya membuat perancangan mengenai perkara ini, dan kalau ada ahli yang ingin ikut serta adalah amat dialu-alukan.

5. Perkara-perkara berbangkit
5.1 Besu menyatakan hasrat untuk buat lesen kereta / motor. Semua ahli mengalu-alukan hasrat tersebut kerana sememangnya susah kalau tak ada lesen.

5.2 Ahli minta Besu untuk membuat rawatan muka yang mempunyai masalah ketumbuhan dengan seberapa segera. Besu diberikan tarikh akhir untuk melakukan rawatan sebelum mesyuarat berikutnya.

5.3 Abe Ngoh menyatakan bahawa dia akan dapat tapak pasar ramadhan di Jalan Musran. Ahli mengalu-alukan dan mencadangkan beberapa jenis perniagaan yang boleh dijalankan semasa berniaga pasar ramadhan tersebut.

5.4 Abe Ngoh menyatakan bahawa terdapat beberapa kedai yang baru siap dibina berhampiran rumahnya dan ada beberapa kawan yang ajak untuk berkongsi. Ahli sarankan supaya beberapa perkara dikaji terlebih dahulu sebelum perniagaan dimulakan.

5.5 Penubuhan Syarikat MNA Brothers Sdn Bhd. Akan dibuat secepat yang mungkin terutama sekali pencarian nama syarikat di Pejabat Pendaftar Syarikat.

5.6 Mesyuarat berikutnya akan diadakan pada 22.8.2009 atau pada 1 Ramadhan (Sabtu).

6. Mesyuarat tamat pukul 3 petang (masa tengah makan tengahari – mesyuarat sambil makan tu..).
Wassalam.
Disediakan oleh Mohd Nazruddin bin Abdullah.

23 Jun 2009

Selamat Hari Jadi Nabil dan Najah

Pada 17 dan 19 haribulan Jun adalah hari jadi Nabil ke-4 dan Najah ke-2. Ayah Din dan Cik Nor pun belilah kek kecik kongsi untuk dua-dua orang tu... kami ada buat 'surprise' sikit, tak bagitau diaorang yang dah beli kek tu... Kira beli senyap-senyap lah.

So, kita tutup lampu.. lepas tu ayah din keluarkan kek yang dah siap ada lilin untuk Nabil dan Najah tu.. jadilah surprise!! Sambil nyanyi lagu selamat hari jadi.

Oklah selamat hari jadi kat Muhammad Nabil Hafiz dan Najah Adibah.



21 Jun 2009

Lost World of Tambun

Assalamualaikum..
Semalam ayah din dan family ke Lost World of Tambun, Ipoh, Perak. Bukannya apa sebab dapat tiket diskaun yang kawan cik nor bagi di sekolah dia, dapat special price untuk masuk tempat tu lah..
Tempat tu kira best lah sebab ada tempat mandi yang luas, dia buat tempat tu macam mandi kat pantai, siap ada ombak lagi! Ada pulak macam cendawan besar dan ada air turun dari atas cendawan tu macam hujan! Best!




Ada pulak tempat mandi yang lain untuk kanak-kanak dan siap ada tempat main macam gelunsur dalam air! Ada kapal pulak!
Ada lagi, kolam air panas semulajadi! Mula-mula masuk tu panas jugak, tapi lama-lama dah tak rasa sangat panas, sedap pulak!

Ada pulak harimau kat dalam tu untuk kita tengok.. (kira dalam kandang la) siap buat pertunjukan harimau tu makan dan panjat tiang!



Lepas tu, kita naik pulak keretapi keliling tempat tu untuk lihat sekeliling taman tu, kalau jalan kaki untuk lihat keliling penat jugak..


Ada juga 'merry go round', alah yang ada tempat berpusing dan ada kuda mainan tu... najah seronok sangat naik benda tu. Ada juga kerusi berpusing dan kapal berpusing tapi tak naik kerana tak sesuai untuk kanak-kanak yang kecik, bahaya jugak lah...



Kita sampai tempat tu pukul 11.30 pagi dan keluar pukul 4.00 petang, kira puaslah, tapi tu pun rasa nak mandi lagi, tapi sebab penat sangat, jadi kita keluar untuk pergi makan, nak makan kat dalam tu mahal pulak, lagi pun tak leh nak bawak masuk makanan dari luar!

Ayah din dan family duduk kat hotel Regalodge, kira murah lah jugak, RM116 harga sebilik untuk semalam... ni kita orang dok kat hotel tu dan ada free wifi, jadi bolehlah ayah din masukkan cerita dalam blog ni...
Mungkin untuk trip MNABrothers kita nanti boleh cadang datang ke tempat tu pulak... Wassalam.