29 Julai 2010

assalamualaikum

MNA Brothers Sdn Bhd berjaya menjadikan keluarga Allahyarham Abdullah Ismail dan Hasanah Mohamed sentiasa di dalam kasih sayang dan kerahmatan Allah..amin.

19 Mac 2010

Hari Keluarga 2010

Salam Untuk Semua

Alhamdulillah kita semua telah sama-sama berkelah untuk hari keluarga di dalam Teratak River View Tg Malim. Seronok yang amat sangat.

Pada pandangan Abe Long, objektif kita untuk mengeratkan silaturahim amat berjaya sekali dan tahniah kepada Pengarah Program yang memilih tempat ini.

dapat masak sama-sama, main dan mandi sama-sama ---- cukup untuk release tension tempat kerja.

Semuga tahun hadapan kita dapat mengadakan rehlah kita ini dengan lebih bermakna.
Bolehlah kita rancang awal-awal kawasan mana pulak.

Akhir kalam, semuga ianya mendapat keredhaan Allah SWT.

Wassalam,
Abe Long

13 Mac 2010

Acara sukaneka cadangan

Acara-acara dicadangkan adalah:-

  1. Lelaki terbuka - timbang bola
  2. Lelaki terbuka - tangkap bola tutup mata
  3. Perempuan terbuka - tangkap bola tutup mata
  4. Perempuan terbuka - sambut belon air
  5. Keluarga - bowling botol air
  6. Keluarga - hajarul aswad
  7. Keluarga - baling belon air dari belakang
  8. Kanak-kanak - sambut belon air
  9. kanak-kanak - kutip gula-gula dlm tepung dgn mulut
  10. kanak- kanak - belon pecah
  11. kanak -kanak - isi air dalam botol dengan tangan

Malam Persembahan

  1. Pasukan - pentomen cerita-cerita dalam Quran ( malam ) 2 kumpulan 8-10 minit
  2. Persembahan - keluarga it prentation mengenai keluarga MNA

Di kendalikan oleh : Nizam, Nazmi, Nashi. lain-lain membantu

JK Program Hari Keluarga 2010 (revised oleh Din)

  1. Pengarah : Mohd Nazruddin
  2. Komandan : Mohd Narmizi
  3. Setiausaha : Mohd Nashi
  4. Bendahari : Mohd Nizam
  5. Keselamatan dan penyediaan tempat : Mohd Niza & Mohd Naim
  6. Kebersihan : Mohd Nazri & Mohd Nasoha
  7. Tugas-tugas Khas : Mohd Nazmi
  8. Masakan : Mahani & Wan Norzila

Lain-lain ahli hendaklah membantu.

Sila pastikan bawa perkara-perkara berikut:-

  1. Pakaian untuk 2 hari
  2. pakaian mandi
  3. lampu picit
  4. Budu
  5. Pelampong
  6. lain-lain yang difikirkan perlu

Menu

  1. Tengahari - Nasi, ikan kering goreng, budu, ulam, sardin
  2. BBQ - ayam,ikan tilapia, ikan, sotong, udang, ulam-ulam, budu dan pencicah. Nasi sikit aje
  3. Sarapan pagi - sandwich, mee goreng
  4. sentiasa ada - roti, biskut tawaar, teh, kopi, gula, susu, gem,
  5. tambahan : kacang-kacang, ubi-ubi dll
  • Untuk menu basah, spt ayam, ikan,sotong,dll - Nazmi bawa
  • Untuk peralatan memasak spt arang, mancis dsb - nazruddin
  • Untuk first AID - Nizam
  • Untuk menu kering - spt roti,biskut, kacang dsb - Narmizi
  • Untuk hadiah - Nazruddin

Semua perbelanjaan boleh dituntut kepada Bendahari pada akhir program.

Ada tambahan sila update

11 Mac 2010

Tentatif program perkelahan di Teratak Riverview (Review)

Assalamualaikum semua,

Mula-mula sekali maaf sebab lambat buat tentatif program kita di Teratak Riverview, Tangjung Malim tu sebab ada dok tanya macamana tentatif program kita tu.

So, bawah ni saya buat cadangan tentatif program dan kalau ada sapa-sapa ada cadangan yang lebih baik, sila hubungi saya dengan segera. Saya pun akan up-date dari masa ke semasa dan jangan risau, masa program nanti, saya akan berikan semua salinan tentatif program yang terkini, insya-Allah.

Cadangan aturcara program perkelahan keluarga MNA Brothers

Tempat: Teratak Riverview, Ulu Bernam, Perak
(boleh lihat blog dia - http://teratakriverview.blogspot.com/)
Tarikh: 15-16.3.2010 (Isnin - Selasa)

15.3.2010 (Isnin)

10.30 pagi : Tiba dan check-in di Teratak Riverview
11.30 pagi : Ucapan Alu-aluan dari Pengerusi MNA Brothers
12.00 tgh : makan tengahari
1.30 tgh : solat zuhur dan asar ( jamak taqdim )
2.30 ptg : mandi manda dan aktiviti bebas
5.00 ptg : indoor games (ada sapa-sapa ada cadangan untuk indoor games ni? tolong cadangkan)
7.30 mlm : solat maghrib & Isyak
8.00 mlm : Baca Al Quran - Surah An Naba dan terjemahan
8.30 mlm : barbeque dan makan malam
10.00 mlm : mesyuarat MNA Brothers
12.00 tgh mlm : tidur

16.3.2010 (Selasa)

5.00 pagi : Tahajud
6.30 pagi : solat subuh
7.00 pagi : bacaan ma'thurat (pastikan bawa ma'thurat masing-masing)
8.00 pagi : sarapan
9.00 pagi : penyampaian hadiah dan ucapan penutup oleh penaung - MA!
10.00 pagi : mandi manda dan aktiviti bebas
12.00 tgh : balik

Harap semua dapat memaklumkan juga kepada mereka-mereka yang masih belum tahu.
Sekian, terima kasih.

09 Mac 2010

Perutusan Hari keluarga 2010

Perutusan Hari Keluarga 2010 oleh Pengerusi.

Assalamualaikum warahmatullah hi wabaraka tuh.

Abe long terlebih dahulu mengucapkan berbanyak-banyak kesyukuran kepada Allah SWT kerana, InsyaAllah kita telah direncanakan oleh Allah untuk bertemu sekali lagi dalam Program Hari Keluarga MNA Brothers 2010 yang akan berlangsung di Tanjung Malim, Perakpada 15 dan 16 Mac, 2010. Semuga Allah memudahkan segalanya.
Pertama-tama marilah juga kita mengingatkan diri kita bahawa perjumpaan yang kita adakan ini adalah semata-mata untuk kita mendapat keredhaan Allah SWT. Kerna Allah telah berfirman di dalam Surah An Nisa' ayat 1 yang mafhumnya; "Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada pasangannya (Hawa) dan juga yang membiakkan daripada kedua-duanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang selalu kamu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati kamu."
Ini bermakna, Allah telah menyuruh kita untuk menjaga hubungan kekerabatan dan memeliharanya dengan sungguh-sungguh dan Allah sentiasa melihat dan melihat apa yang kita lakukan.
Keduanya, dengan perjumpaan ini akan terubatlah rindu kita sekeluarga dan dapat kita sama-sama untuk bertanya khabar dan sama-sama berkongsi masalah dan mencari penyelesaiaan yang InsyaAllah terbaik buat keluarga kita. Saling berkongsi dan faham memahami antara kita dan budaya kita masing-masing. Al Maklumlah masing-masing punya profesion yang InsyaAllah sekiranya di gembelingkan ianya akan menjadi suatu dapatan yang lebih keberhasilannya.
Kita faham ada yang di antara kita, sudah punya keluarga yang besar namun begitu kita juga kena sedar bahawa tanggungjawab kita kepada keluarga kita ini terutama emak kita dan adik-adik yang masih belajar adalah perlu dipikul secara bersama dan berganding bahu. Bak kata pepatah yang berat sama di pikul dan yang ringan sama di jinjing.
Ketaatan kepada Allah, Rasul dan ibubapa kita adalah suatu kemestian dan tak boleh tidak ianya akan ditanya oleh Allah pada hari Yaumul Hisab ( Hari Pembalasan ) nanti. Abah yang telah meninggalkan kita (entah mengapa dengan tiba-tiba air mata bergenang dikelopak) dan Ma yang masih lagi ada bersama kita WAJIB kita "Jaga" mereka dengan sesungguhnya. Ingatlah ketika kita kecil siapakan mereka pada kita?
Kita sama-sama berazam untuk mejadi aanak-anak yang soleh dan solehah agar mereka beroleh kesejahteraan dan dibawah rahmat Allah SWT di dunia dan akhirat.
Kepada anak-anak dan anak-anak saudara yang Abah/ Ayah Long kasihi, Kasihi dan sayangilah kedua abah/ayah/abi/babah dan ummi/ibu/emak serta saudara-saudara kerana merekalah yang menjaga kita dan ikutilah mereka.
Akhir kata, marilah juga kita sama-sama bermaaf-maafan diatas apa-apa yang tersilap semuga kita semua berada di dalam kerahmatanNya.
Wassalamualaikum.
Hj. Mohd Nazmi bin Hj Abdullah
Pengerusi MNA BROTHERS
Assalamualaikum..

Pakat-pakat lah tengok blog untuk up -date program kita di teratak riverview, tanjung malim, perak.

Wassalam