09 Mac 2010

Perutusan Hari keluarga 2010

Perutusan Hari Keluarga 2010 oleh Pengerusi.

Assalamualaikum warahmatullah hi wabaraka tuh.

Abe long terlebih dahulu mengucapkan berbanyak-banyak kesyukuran kepada Allah SWT kerana, InsyaAllah kita telah direncanakan oleh Allah untuk bertemu sekali lagi dalam Program Hari Keluarga MNA Brothers 2010 yang akan berlangsung di Tanjung Malim, Perakpada 15 dan 16 Mac, 2010. Semuga Allah memudahkan segalanya.
Pertama-tama marilah juga kita mengingatkan diri kita bahawa perjumpaan yang kita adakan ini adalah semata-mata untuk kita mendapat keredhaan Allah SWT. Kerna Allah telah berfirman di dalam Surah An Nisa' ayat 1 yang mafhumnya; "Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada pasangannya (Hawa) dan juga yang membiakkan daripada kedua-duanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang selalu kamu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati kamu."
Ini bermakna, Allah telah menyuruh kita untuk menjaga hubungan kekerabatan dan memeliharanya dengan sungguh-sungguh dan Allah sentiasa melihat dan melihat apa yang kita lakukan.
Keduanya, dengan perjumpaan ini akan terubatlah rindu kita sekeluarga dan dapat kita sama-sama untuk bertanya khabar dan sama-sama berkongsi masalah dan mencari penyelesaiaan yang InsyaAllah terbaik buat keluarga kita. Saling berkongsi dan faham memahami antara kita dan budaya kita masing-masing. Al Maklumlah masing-masing punya profesion yang InsyaAllah sekiranya di gembelingkan ianya akan menjadi suatu dapatan yang lebih keberhasilannya.
Kita faham ada yang di antara kita, sudah punya keluarga yang besar namun begitu kita juga kena sedar bahawa tanggungjawab kita kepada keluarga kita ini terutama emak kita dan adik-adik yang masih belajar adalah perlu dipikul secara bersama dan berganding bahu. Bak kata pepatah yang berat sama di pikul dan yang ringan sama di jinjing.
Ketaatan kepada Allah, Rasul dan ibubapa kita adalah suatu kemestian dan tak boleh tidak ianya akan ditanya oleh Allah pada hari Yaumul Hisab ( Hari Pembalasan ) nanti. Abah yang telah meninggalkan kita (entah mengapa dengan tiba-tiba air mata bergenang dikelopak) dan Ma yang masih lagi ada bersama kita WAJIB kita "Jaga" mereka dengan sesungguhnya. Ingatlah ketika kita kecil siapakan mereka pada kita?
Kita sama-sama berazam untuk mejadi aanak-anak yang soleh dan solehah agar mereka beroleh kesejahteraan dan dibawah rahmat Allah SWT di dunia dan akhirat.
Kepada anak-anak dan anak-anak saudara yang Abah/ Ayah Long kasihi, Kasihi dan sayangilah kedua abah/ayah/abi/babah dan ummi/ibu/emak serta saudara-saudara kerana merekalah yang menjaga kita dan ikutilah mereka.
Akhir kata, marilah juga kita sama-sama bermaaf-maafan diatas apa-apa yang tersilap semuga kita semua berada di dalam kerahmatanNya.
Wassalamualaikum.
Hj. Mohd Nazmi bin Hj Abdullah
Pengerusi MNA BROTHERS

Tiada ulasan: