11 Mac 2010

Tentatif program perkelahan di Teratak Riverview (Review)

Assalamualaikum semua,

Mula-mula sekali maaf sebab lambat buat tentatif program kita di Teratak Riverview, Tangjung Malim tu sebab ada dok tanya macamana tentatif program kita tu.

So, bawah ni saya buat cadangan tentatif program dan kalau ada sapa-sapa ada cadangan yang lebih baik, sila hubungi saya dengan segera. Saya pun akan up-date dari masa ke semasa dan jangan risau, masa program nanti, saya akan berikan semua salinan tentatif program yang terkini, insya-Allah.

Cadangan aturcara program perkelahan keluarga MNA Brothers

Tempat: Teratak Riverview, Ulu Bernam, Perak
(boleh lihat blog dia - http://teratakriverview.blogspot.com/)
Tarikh: 15-16.3.2010 (Isnin - Selasa)

15.3.2010 (Isnin)

10.30 pagi : Tiba dan check-in di Teratak Riverview
11.30 pagi : Ucapan Alu-aluan dari Pengerusi MNA Brothers
12.00 tgh : makan tengahari
1.30 tgh : solat zuhur dan asar ( jamak taqdim )
2.30 ptg : mandi manda dan aktiviti bebas
5.00 ptg : indoor games (ada sapa-sapa ada cadangan untuk indoor games ni? tolong cadangkan)
7.30 mlm : solat maghrib & Isyak
8.00 mlm : Baca Al Quran - Surah An Naba dan terjemahan
8.30 mlm : barbeque dan makan malam
10.00 mlm : mesyuarat MNA Brothers
12.00 tgh mlm : tidur

16.3.2010 (Selasa)

5.00 pagi : Tahajud
6.30 pagi : solat subuh
7.00 pagi : bacaan ma'thurat (pastikan bawa ma'thurat masing-masing)
8.00 pagi : sarapan
9.00 pagi : penyampaian hadiah dan ucapan penutup oleh penaung - MA!
10.00 pagi : mandi manda dan aktiviti bebas
12.00 tgh : balik

Harap semua dapat memaklumkan juga kepada mereka-mereka yang masih belum tahu.
Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan: