23 Jun 2009

Selamat Hari Jadi Nabil dan Najah

Pada 17 dan 19 haribulan Jun adalah hari jadi Nabil ke-4 dan Najah ke-2. Ayah Din dan Cik Nor pun belilah kek kecik kongsi untuk dua-dua orang tu... kami ada buat 'surprise' sikit, tak bagitau diaorang yang dah beli kek tu... Kira beli senyap-senyap lah.

So, kita tutup lampu.. lepas tu ayah din keluarkan kek yang dah siap ada lilin untuk Nabil dan Najah tu.. jadilah surprise!! Sambil nyanyi lagu selamat hari jadi.

Oklah selamat hari jadi kat Muhammad Nabil Hafiz dan Najah Adibah.



21 Jun 2009

Lost World of Tambun

Assalamualaikum..
Semalam ayah din dan family ke Lost World of Tambun, Ipoh, Perak. Bukannya apa sebab dapat tiket diskaun yang kawan cik nor bagi di sekolah dia, dapat special price untuk masuk tempat tu lah..
Tempat tu kira best lah sebab ada tempat mandi yang luas, dia buat tempat tu macam mandi kat pantai, siap ada ombak lagi! Ada pulak macam cendawan besar dan ada air turun dari atas cendawan tu macam hujan! Best!




Ada pulak tempat mandi yang lain untuk kanak-kanak dan siap ada tempat main macam gelunsur dalam air! Ada kapal pulak!
Ada lagi, kolam air panas semulajadi! Mula-mula masuk tu panas jugak, tapi lama-lama dah tak rasa sangat panas, sedap pulak!

Ada pulak harimau kat dalam tu untuk kita tengok.. (kira dalam kandang la) siap buat pertunjukan harimau tu makan dan panjat tiang!



Lepas tu, kita naik pulak keretapi keliling tempat tu untuk lihat sekeliling taman tu, kalau jalan kaki untuk lihat keliling penat jugak..


Ada juga 'merry go round', alah yang ada tempat berpusing dan ada kuda mainan tu... najah seronok sangat naik benda tu. Ada juga kerusi berpusing dan kapal berpusing tapi tak naik kerana tak sesuai untuk kanak-kanak yang kecik, bahaya jugak lah...



Kita sampai tempat tu pukul 11.30 pagi dan keluar pukul 4.00 petang, kira puaslah, tapi tu pun rasa nak mandi lagi, tapi sebab penat sangat, jadi kita keluar untuk pergi makan, nak makan kat dalam tu mahal pulak, lagi pun tak leh nak bawak masuk makanan dari luar!

Ayah din dan family duduk kat hotel Regalodge, kira murah lah jugak, RM116 harga sebilik untuk semalam... ni kita orang dok kat hotel tu dan ada free wifi, jadi bolehlah ayah din masukkan cerita dalam blog ni...
Mungkin untuk trip MNABrothers kita nanti boleh cadang datang ke tempat tu pulak... Wassalam.

Tahniah Kakak

Assalamualaikum,

Salam tahniah dan kejayaan kepada kakak daripada ayah din dan cik nor dan keluarga kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke UDM... kira orang pertama dari keluarga kita masuk UDM tu... kira kejayaan yang besar!!

Ayah Din rasa program yang kakak masuk tu pun ada potensi untuk masa depan.. di kala teknologi pemakanan yang semakin besar dan yang penting, orang walau dalam apa jua keadaan mesti makan kan? dah tentu ada potensi bidang tu...

Sekali lagi tahniah. Nanti kakak bolehlah ngatur dengan ayah teh sebab dah kira dekat rumah ayah teh kan... minta je dengan dia tu.. hehehe..

Wassalam

selamat dtg ganu..

salam
alhamdulillah...

akhirnya kputusan upu dah kuar..
n akak dapat kat UDM course food technology..

jauh tu..pikir pnye pikir...
terime jelah tawaran tu..huhu

so after dis akk kn bermastautin kat ganu..utk 3 tahun stgh..huhu

selamat dtg ganu..

18 Jun 2009

Kes Mahkamah saman UMNO

Permohonan Umno ketepi saman 30 Julai

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 30 Julai sebagai tarikh untuk mendengar permohonan Umno bagi mengetepikan saman RM218 juta yang difailkan syarikat pembekal barangan untuk pilihan raya. Tarikh itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Aziati Jaafar dalam kamarnya semalam dan permohonan itu akan didengar oleh Hakim Datuk Azhar Mohamed. Pada 23 Jun tahun lalu, syarikat Elegant Advisory Sdn Bhd menfail saman itu menerusi Tetuan Termizi & Co, dan menamakan Bendahari Umno ketika itu, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi serta Umno sebagai defendan.
Dalam writ samannya, syarikat itu menjelaskan bahawa ia membekalkan peralatan pilihan raya, pengangkutan dan penerbitan kepada Umno untuk pilihan raya ke-11 pada 2004 selepas diminta oleh Abdul Azim. Elegant Advisory diwakili oleh peguam Nazruddin Abdullah, manakala Datuk Hafarizam Harun bertindak sebagai peguam defendan. – Bernama

Email Abe Teh

Untuk makluman, khususnya makluman Abe Teh sendiri, email yang dihantar jemputan untuk dimasukkan di dalam blog ini : narmizi_abd@yahoo.com

Jadi, try Abe Teh bukak untuk lihat jemputan yang dihantar..

Sekian.

16 Jun 2009

keputusan yg ditunggu..

salam..
jumaat nih kakak akn dpt keputusan upu..
mknenye tgk dpt upu mne..

so semua doakan yer..
harap sangat dpt lanjutkn pelajaran kt mne2..
ameen

wasalam